Hari kedelapan, bulan kedua menjadi hamba kepada Hamba...
Nama Saya...
Di sebuah tempat bernama Tempat di Mana Saya Berjumpa Kamu Kali Pertama (untuk memudahkan perjalanan cerita bengong ini, nama tempat ditukar kepda TdMSBKKP).
TdMSBKKP merupakan tempat yang amat indah sekali. Di sini, warna daun pokok ialah warna yang Kamu ingin tokok. Tinggi pokok mengikut kiraan kaki kontot Kamu. Awan hitam di langit kelam memberikan cahaya suram kepada sesiapa sahaja yang kamu terlebih sayangkan. Rumput hijau merupakan sajian diraja kepada mereka yang kamu terlampau hormatkan.
Di TdMSBKKP, Saya bertemu dengan Kamu. Ini tempat Kamu, maka sudah sepatutnya ia menurut perundangan yang Kamu tetapkan. Kamu tuan di tanah ini, bukan yang Satu lagi (ye la, dia banyak benar cakapnya, semua nak kena di ikut, macam lah kita ni a simple pak turut!).
Saat mula Saya bertemu dengan Kamu, hati Saya tak segan dengan degup yang tak kurang dari bunyi meletup.
Seperti yang telah menjadi ketetapan, mesti ada satu protokol masa pertama kali bertemu yang wajib dipatuhi setiap kali setiap satu daripada Saya dan Kamu bertemu setiap Saya atau Kamu atau kedua-duanya sekali.
Oleh sebab ini tanah Kamu, maka protokolnya ialah protokol Kamu.
Protokolnya seperti dibawah;
- Protokol berdirinya Kamu
Berdiri dengan keadaan yang paling angkuh, hidung mesti ditunjukkan ke langit. Melihat siapa sahaja yang menghampiri dengan hujung mata. Senyum wajib dalam bentuk yang paling sinis. - Protokol berdirinya Saya
Saya mesti menghampiri kamu dengan kepala ditundukkan ke bumi. Hidung mesti direnyukkan dengan penuh rendah diri. Melihat Kamu yang hendak dihampiri hanya dalam keadaan di mana tubuh Kamu melindungi matahari. Senyum dalam bentuk yang paling manis. - Protokol perkenal diri Saya
Selaku pendatang, Saya mesti menamakan nama Saya seperti nama yang yang dinamakan Kamu. Umur Saya tidak boleh sama sekali melebihi umur Kamu. Tempat di mana Saya datang wajib lebih rendah dari tapak kasut Kamu. Segala pendapat yang mahu diutarakan wajib menurut Utara Kamu. - Protokol perkenal diri Kamu
Selaku tuan rumah, Kamu mesti menamakan Saya seperti nama yang bukan Saya mahukan. Umur kamu mesti dieja untuk Saya (ini kerana setiap saya yang datang merupakan makhluk yang lemah akalnya). Tunjuk dan wajibkan Saya untuk mengikut Utara Kamu kerana dia hanya tahu Selatan Saya. - Protokol pertuturan Saya
Setiap bicara Saya hendaklah mengulangi setiap pertuturan Saya. - Protokol pertuturan Kamu
Setiap bicara Kamu ialah pertuturan Saya.
___________ooOoo___________
Saya
Saya adalah kamu,
Datang dari satu ibu,
Ibu dari yang beribu.
Kamu adalah aku,
Datang dari ibu,
Ibu yang dating dari kamu.
Saya, Kamu keliru,
Mengira beribu batu,
Sedang batu itu satu.
___________ooOoo__________
God,
I was awakened by the thunders of the night,
Came fright taking the place of my might,
On my knee thus I whisper you my plight,
Blanket O God this love the warmth of light,
That tomorrow’s sun shine this love so bright,
That fright comes no more in tomorrow’s night,
That this love would forever be my rites,
Even when I lay with no more might,
Below thy land filled with unworthy sight.
---O---
My princess, I love you.
___________ooOoo__________
hadap irama cengkerik yang lain nanti,
jemari lacur ini akan menari lagi,
hadap irama cengkrik yang kian lewat ini,
jemari lacur ini ingin labuh di jeti mentari.
__________ooOoo__________
15 comments:
:-))
LADY RED ORCHID: Its nice to see your lovely laughter.
D, 'Ibu yang dating dari kamu'??? tak faham!!!
MISS MEEN: That's a typo deary, silly me.
mmm..mmg itu protokol dunia..pilih saja mana yg sesuai..
and your poem to your princess is beautiful..reconciling is it.. ?
MISS MAYA: Nope, not reconcilling, just in the mood of giving.
thts's good to hear..tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima..
wwuuahhaa!!..i better go sleep now..good nite..
MIS MAYA: Hope you had a nice good sleep last nite.
words for your princess are blessed with glitters and lights :)
MY AKH, MY FRIEND, MASTER WAILER:
Thamk you
my dear brother demonsinme,
you are most welcome to my other humble abode thewailerscove.blogspot.com in dedication to prose and poetry, your comments will be greatly appreciated :)
I wish you'd make your blog more user-friendly for scrolling-impaired readers like me! Less scrolling thingies please :P
Oh, and one frame is easier on the mouse and the eyes! And regular sized fonts, black letters on white..Byk complain lak aku ni :P
LIL' ANGEL:
a'ah banyak komplen lak ko ni...
hehehe thanks for the suggestion.
hey, sorry haven't stop by for so long ... I'll be back and actively reading your blog now ... hehehe ...
Post a Comment